Pihak YFBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid telah dijemput menghadiri Program Siswi Helping Kit anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Persada FST, UKM Bangi.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida. Turut berlangsung pada program ini ialah ceramah tentang kesihatan wanita oleh Dr Nurul Wahidah dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Program ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi di FST tentang kesihatan dan kebersihan wanita.
Program ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswi di FST dengan meletakkan kit penjagaan diri di tandas-tandas wanita yang terdapat di seluruh bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Antara barang sumbangan dari pihak YFBM adalah syampu, sabun mandian, hand sanitizer dan berus gigi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada para mahasiswi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#yfbm
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

Food Bank Hotmeals with Dunkin’ | Dunkin Cares
21 Oktober 2021 – Food Bank Komuniti Gopeng ini merupakan tajaan terus daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Setakat ini, sebanyak tujuh (7) buah Food

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
24 Mei 2024 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan YFBM diteruskan lagi di Kg. Sungai Kertas, Batu Caves. Seramai

SESI PEMBUNGKUSAN 1600 KOTAK ‘READY-TO-EAT FOOD’ UNTUK MANGSA BANJIR DI SABAH
7 Oktober 2025 – Pasukan YFBM bersama sukarelawan hari ini berganding bahu membungkus 1,600 kotak makanan segera (RTEF) sebagai persiapan untuk misi bantuan di Sabah
