PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI PERUMAHAN PANTAI PERMAI

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

23 September 2026 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Seramai 150 penerima telah menerima bantuan di Perumahan Awam Pantai Permai, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan kepada komuniti setempat.

Turut hadir ialah Ketua Pusat Agihan Zakat Lembah Pantai, Encik Muhammad Safwan bin Saidin, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang, Encik Zohaimen bin Ab Ghani, Ketua Pegawai Kewangan YFBM, Encik Azhar bin Ahmad, serta AJK tempatan, dan warga kerja YFBM.

YFBM merakamkan penghargaan kepada pihak MAIWP, Pusat Agihan Zakat (PAZA), Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Berpakat Bantu Masyarakat.