Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) pada hari ini telah melancarkan pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir (YFBM’s Flood Relief Team). Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Zatashah Idris), Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YFBM, disaksikan oleh sukarelawan dan warga kerja YFBM. Pasukan ini telah melakukan kerja-kerja sukarelawan di beberapa kawasan yang dilanda bencana banjir iaitu di Bukit Lanchong, Taman Sri Muda, Bukit Changgang dan Hulu Langat. Pasukan ini akan meneruskan misi bantuan ini ke Mentakab dan Temerloh dalam masa terdekat.
Menerusi ucapan perasmian oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Misi Bantuan Pasca Banjir ini, sukarelawan YFBM dapat membantu dari segi pembersihan rumah mangsa banjir, surau dan masjid serta sekolah dan tadika. Pasukan YFBM juga menghulurkan bantuan peralatan asas rumah seperti tilam, bantal, almari, perkakas dapur serta baik pulih rumah yang rosak. Harapan YFBM agar mereka ini dapat bangun semula menjalani kehidupan seperti selepas menghadapi keperitan bencana banjir, ujar beliau lagi.
Mengulas mengenai peranan pasukan bantuan pasca banjir ini, Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Operasi YFBM berkata, “Untuk makluman, selepas berlakunya banjir besar di Lembah Klang, YFBM terus menyalurkan bantuan berupa bekalan makanan asas dan makanan yang sedia untuk di makan di Pusat Penempatan Sementara di Bukit Lanchong, Taman Sri Muda, Bukit Changgang dan Hulu Langat. Kali ini YFBM mendapat penajaan dari dua buah syarikat korporat iaitu CIMB Foundation dan Xiaomi Malaysia. YFBM mengalu-alukan lebih banyak syarikat korporat untuk terus Bersama bergandingan bahu agar inisiatif ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh kawasan yang terlibat dengan bencana banjir.
Selain daripada pelancaran pasukan Misi Bantuan Pasca Banjir, YFBM pada hari ini turut menyampaikan sumbangan sebanyak 50 kotak makanan asas kepada penduduk Taman Bukit Mewah, Kajang yang turut dilanda banjir.
Jutaan terima kasih kepada Xiaomi Malaysia dan CIMB Foundation kerana telah memberi sumbangan yang tidak ternilai ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: FloodRelief21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

PROGRAM KINDNESS BASKET YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA BERSAMA HASiL KEDAH PRIHATIN 2026
afiq_yfbm_admin
July 17, 2026
17 July 2026 – Hari pertama pelaksanaan program dimulakan dengan pergerakan pasukan menaiki Roro dari Jeti Kuala Perlis menuju ke Jeti Tanjung Lembung, Bukit

KASIH RAMADAN L’OREAL – SHOPPING RAYA DAN IFTAR BERSAMA 4 BUAH RUMAH KEBAJIKAN
afiq_yfbm_admin
March 25, 2025
25 Mac 2025 – L’Oréal Malaysia bersama Yayasan Food Bank Malaysia meneruskan inisiatif Kasih Ramadan dengan membawa 130 kanak-kanak dari Rumah Perlindungan Nur Hati, Rumah

SELAMAT MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1446H/2025M
afiq_yfbm_admin
January 27, 2025
Kami di Yayasan Food Bank Malaysia mengucapkan Selamat Memperingati Israk Mikraj 1446H kepada seluruh umat Islam. “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam
