PROGRAM KINDNESS BASKET YFBM & BCEI SANTUNI KOMUNITI BAGAN LALANG

  • Post author:
  • Reading time:9 mins read
13 Jun 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama serta sumbangan daripada BCEI telah melaksanakan Program Kindness Basket melalui aktiviti kesukarelawanan, gotong-royong dan agihan bakul makanan kepada komuniti setempat di Kampung Bagan Lalang, Sepang. Program yang berlangsung di Balai Raya Kampung Bagan Lalang ini dimulakan dengan sesi taklimat kepada para sukarelawan sebelum mereka dibahagikan kepada dua kumpulan yang melibatkan seramai 60 orang peserta.
 
Seramai 30 orang sukarelawan telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan Pantai Bagan Lalang sebagai usaha memelihara kebersihan dan kelestarian kawasan pantai, manakala 30 orang sukarelawan lagi terlibat dalam aktiviti pembungkusan sebanyak 150 kotak Kindness Basket di Balai Raya Kampung Bagan Lalang untuk diagihkan kepada penerima yang layak dalam kalangan komuniti setempat.
 
Majlis turut diserikan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Pengerusi Kampung Bagan Lalang, Encik Samsul Idham bin Mustafa Kamal, wakil BCEI iaitu Charlie Elsea, Pengarah Inovasi dan Penyampaian, APAC, BCEI Malaysia, serta wakil Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Mohamad Syah Hendri bin Herman Mardja, Ketua Pemasaran & Komunikasi.
 
Sebanyak 144 penerima telah menerima sumbangan bakul makanan dalam sesi penyerahan yang turut menyaksikan gimik penyerahan kepada lima penerima sebagai simbolik. Program turut diteruskan dengan sesi lawatan ke rumah penerima bagi membolehkan para sukarelawan dan pihak penganjur menyantuni mereka secara lebih dekat serta memahami cabaran yang dihadapi oleh komuniti setempat.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BCEI, para sukarelawan, kepimpinan komuniti serta seluruh warga kerja Yayasan Food Bank Malaysia atas komitmen dan sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan menjadi asbab kepada keberkatan serta memberi manfaat yang berpanjangan kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat
 

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE