Kembara Merdeka 66 | 2023

Kiraan Detik untuk misi Kembara Merdeka 66 | 2023

Hari
Jam
Minit
Saat

Jom bantu mereka yang MEMERLUKAN MAKANAN di Bulan Kemerdekaan Malaysia yang ke 66 Tahun.

JUMLAH SUMBANGAN YANG TERKUMPUL

Setiap tahun, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 Ogos.

Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia, dengan membantu menyediakan bekalan makanan asas dan keperluan untuk mereka menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia seperti insan yang lain.

Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. 

BACA KEMBARA MERDEKA 65 | 2022

Mengapa Kembara Merdeka dijalankan setiap tahun oleh YFBM? Kembara Merdeka ini mempunyai objektif seperti:

Kembara Merdeka kali ini, kita ingin menyampaikan bantuan kepada 1,500 keluarga. Penerima bantuan ini terdiri daripada beberapa kategori sepertimana berikut: 

Pengagihan barangan sumbangan untuk Kembara Merdeka ini akan diadakan di beberapa negeri seperti Kelantan, Pahang, Johor, Kedah dan Perak.

Proses dan tempoh pengagihan akan dibahagikan kepada empat jajaran. Antara Jajaran yang terlibat:

Jumlah penerima : 300 keluarga

Tarikh agihan : 4-6 Ogos 2023

  • Pagar Sasak, Kuala Lipis, Pahang
    • (50 Keluarga)
  • Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang
    • (100 Keluarga) 
  • Bukit Betong, Kuala Lipis, Pahang 
    • (50 Keluarga)
  • Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang
    • (50 Keluarga)
  • Kampung Rening, Cameron Highland, Pahang 
    • (50 Keluarga)
  • Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan 
    • (70 Keluarga)
  • Lepan Jaya, Gua Musang, Kelantan 
    • (50 Keluarga)

Jumlah penerima : 230 keluarga

Tarikh agihan : 18-20 Ogos 2023

  • Kg Sungai Kejar, Perak
    • (45 Keluarga)
  • Kg Tan Hain 
    • (35 Keluarga)
  • Kg Klawang 
    • (50 Keluarga)
  • Kg Sungai Tiang 
    • (100 Keluarga) 

Jumlah penerima : 400 keluarga

Tarikh agihan : 23-25 Ogos 2023

  • Sukarelawan Asnaf APM Langkawi, Kedah 
    • (100 Keluarga)
  • Kg Ewa, Langkawi  
    • (100 Keluarga)
  • Kuala Triang, Langkawi, Kedah 
    • (100 Keluarga)
  • Kg Ulu Melaka Langkawi, Kedah 
    • (100 Keluarga)

Jumlah penerima : 450 keluarga

Tarikh agihan : 17-19 September 2023

  • Kuala Rompin, Pahang
    • (250 Keluarga)
  • Mersing Kechil, Johor 
    • (200 Keluarga)

KENAPA RM300,000.00 DIPERLUKAN?

Seperti yang diketahui, Kembara Merdeka 66 akan menyantuni lebih daripada 1500 keluarga. Antara sumbangan yang akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan ialah agihan BAKUL MAKANAN ASAS & KIT KEBERSIHAN DIRI yang berjumlah RM150.00 untuk setiap keluarga.

Setiap bakul makanan akan mengandungi bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung gandum, biskut, dan sebagainya yang berjumlah RM100.00 setiap kotak. Sumbangan anda juga akan kami gunakan untuk menyumbang “Kit Kebersihan Diri” yang berjumlah RM50.00.

Anda boleh lihat kepada pecahan barangan yang berikut:

Maklumat Bakul Makanan Asas

Bil Barangan Kuantiti
1
Beras 10kg
1
2
Tepung 1kg
2
3
Gula 1kg
2
4
Minyak Masak 5kg
1
5
Bihun 400g
2
6
Susu Pekat
1
7
Garam 350g
1
8
Teh 40s
1
9
Biskut 400g
1
10
Ikan Masin 250g
1
11
Pembungkusan
1

Jumlah (RM)

RM100.00

Maklumat Kit Kebersihan Diri

Bil Barangan Kuantiti
1
Sabun Mandian 1L
1
2
Syampu 500ml
1
3
Berus Gigi 5 Pcs
1
4
Ubat Gigi 200gx2
1
5
Pencuci Pakaian 2.3kg
1
6
Pencuci Pinggan 700ml
2

Jumlah (RM)

RM 50.00

Naikkan semangat patriotik kepada Malaysia dengan membantu rakyat Malaysia yang memerlukan!

(Jom, penuhkan barang dapur mereka sempena bulan kemerdekaan Malaysia ini)

Hanya 3 Langkah Mudah

Untuk menyumbang dalam misi Kembara Merdeka 66

*Makluman: Dengan sumbangan yang anda lakukan, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sila simpan semua bukti transaksi yang dilakukan.

Tekan sini untuk potongan pelepasan cukai daripada LHDN.

BAGAIMANA UNTUK MENDERMA?

Kongsikan kepada rakan rakan anda!

Powerful changes start with you
Join us to create a better world