Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-65 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. Untuk Edisi Tahun 2022, konsep program ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lalu kerana selain daripada mengagihkan barang makanan asas, YFBM juga turut mengagihkan minyak motorsikal percuma kepada penghantar makanan, kurier dan penduduk kawasan luar bandar di mana program ini diadakan setiap minggu bermula pada 5 Ogos 2022 di Bandar Baru Bangi dan berakhir pada 28 Ogos 2022 di Port Dickson. Seramai 1560 orang telah menerima sumbangan minyak motorsikal pada program ini.
Berikut merupakan lokasi-lokasi yang dikunjungi oleh Yayasan Food Bank Malaysia :
1) Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ( 160 Penerima )
2) Kg Iboi, Baling ( 200 Penerima )
3) Kg Pisang, Baling ( 200 Penerima )
4) Kupang, Baling ( 200 Penerima )
5) Arau, Perlis ( 200 penerima )
6) Kg Lubuk Buntar Bandar Baharu, Kulim Kedah ( 300 Penerima )
7) Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala Port Dickson ( 300 penerima )
Selain itu, mereka yang hadir di program ini turut menerima barangan makanan sumbangan daripada Syarikat Gardenia Bakeries KL dan Mi Sedaap Malaysia. YFBM menerima maklumbalas yang positif daripada penerima yang hadir malah mereka mengharapkan program sebegini perlu diadakan lagi pada masa akan datang. Walaupun nilai yang disumbangkan dianggap kecil tetapi ianya sangat memberi manafaat kepada golongan yang memerlukan di luar sana.
Activity Post...
More Post..

Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Negeri Sembilan
Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Negeri Sembilan Hari ini YFBM berada di Kamoung Rantau, Negeri Sembilan bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Tengkujuh Negeri Sembilan Tahun 2023.

Food Bank Lestari Yayasan Food Bank Malaysia di SK Long Gafar, Kubang Kerian, Kelantan
Pagi ini pihak YFBM dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya menghantar sumbangan Food Bank Lestari Yayasan Food Bank Malaysia di SK Long Gafar, Kubang

SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA DUNKIN’ DI JUASEH
8 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama Dunkin’ Malaysia telah menjayakan program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’ – Kindness Basket di Balai Raya Juaseh
