[KEMBARA MERDEKA 65] – Edisi Hari Malaysia 2022

  • Post author:
  • Reading time:13 mins read

MASJID AL- FITRAH KG. BANTING, JALAN BUMI HIJAU, SABAK BERNAM, SELANGOR

MASJID JAMEK AL-TUQO, KG SG SIREH, TANJONG KARANG, SELANGOR

DEWAN ORANG RAMAI BESTARI JAYA, IJOK BATANG BERJUNTAI, SELANGOR

Kembara Merdeka 65 kali ini diteruskan lagi dengan edisi Hari Malaysia 2022. Misi kali ini mendapat tajaan daripada Mr DIY dengan menyumbangkan bekalan bag makanan dan pek kebersihan diri. Misi ini juga turut mendapat kerjasama daripada KDEB Waste Management, Menteri Besar Incorporated Selangor (MBI) dan Sahabat Jariah Malaysia.

Lokasi Kembara Hari Malaysia 65 Edisi Hari Malaysia 2022 ini diagihkan di:

1. MASJID AL- FITRAH KG. BANTING, JALAN BUMI HIJAU, SABAK BERNAM, SELANGOR.
2. MASJID JAMEK AL-TUQO, KG SG SIREH, TANJONG KARANG, SELANGOR.
3. DEWAN ORANG RAMAI BESTARI JAYA, IJOK BATANG BERJUNTAI ,SELANGOR

Setiap tempat dapat dimanfaatkan seramai 100 keluarga dengan menjadikan jumlah sumbangan sebanyak 300 keluarga. Keluarga yang menerima sumbangan ini terdiri daripada golongan asnaf, B40, OKU dan juga pesakit kronik. YFBM juga turut menziarahi 9 buah keluarga yang mengalami sakit kronik untuk menghantar sendiri bantuan bekalan makanan ini.

Disamping menghantar bantuan makanan, YFBM turut memberikan Jalur Gemilang untuk dipacak di luar rumah penerima sebagai tanda menaikkan semangat patriotisma kepada Malaysia.

YFBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Haslina Binti Abdul Halim, Pengerusi MPKK Kg Sungai Sireh, Dr Wasanthee Sinnasamy, Pengerusi Persatuan Kebajikan Perlindungan Wanita Sejagat dan Dr Anthony, Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Seri Perantau Selangor yang memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan misi Kembara Malaysia 65 Hari Malaysia 2022 ini.

 

Share our story!

More Post..

Tun Abdullah Ahmad Badawi

Salam takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi.Jasa dan kepimpinan beliau akan sentiasa dikenang. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang beriman.

Read More »

DIRGAHAYU TUANKU!

Seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepadaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan

Read More »