Misi Bantuan Kemanusiaan Jelajah Tengkujuh Negeri Sembilan tajaan CIMB Foundation untuk kali ini ditutup dengan penyerahan sumbangan kepada penerima di Kg Terusan Ulu dan Kg Tapak Batu Kikir yang terletak di Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Set sumbangan sebanyak 80 set untuk Kg Terusan Ulu dan 70 set untuk Kg Tapak Batu Kikir yang menjadikan jumlah sebanyak 150 set untuk hari ini.
Kami di bantu oleh NGO Al Baasith Negeri Sembilan dan Ahli Jawatankuasa MPKK untuk kelancaran agihan.
Untuk pengetahuan, CIMB Foundation menjadi penaja utama untuk misi kali ini dengan menyumbang bekalan set makanan asas, minyak masak 5kg, beras 10kg dan juga set kelengkapan penjagaan kebersihan diri kepada buah 800 keluarga.
#YFBM
More Post..

Program Serahan Bantuan Sumbangan di Balai Polis Johol, Negeri Sembilan
hasriq_yfbm_admin
August 9, 2023
YFBM di Balai Polis Johol, Negeri Sembilan untuk Program Serahan Bantuan Sumbangan kepada 100 penerima di sini. Turut hadir CEO YFBM, En Johan Halid, YBhg.

DIRGAHAYU TUANKU!
afiq_yfbm_admin
June 1, 2026
Seluruh warga Yayasan Food Bank Malaysia merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepadaKebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan

SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA DUNKIN’ DI JUASEH
afiq_yfbm_admin
March 8, 2025
8 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia bersama Dunkin’ Malaysia telah menjayakan program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’ – Kindness Basket di Balai Raya Juaseh
