SEMARAKKAN RAMADAN BERSAMA DUNKIN’ – SINGGAH SAHUR

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
2 Mac 2025 – YFBM telah mengagihkan pek makanan sahur tajaan Dunkin’ Malaysia ke beberapa lokasi terpilih di sekitar Selangor menerusi program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’. Program ini bertujuan menghargai petugas barisan hadapan yang bertugas sepanjang Ramadan, memastikan mereka menerima hidangan sahur ketika menjalankan tanggungjawab mereka.
 

Program ini merupakan kolaborasi antara YFBM dan Dunkin’ (Malaysia) sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat tanpa mengira waktu. Agihan telah dilakukan di Penjara Kajang, APM Daerah Hulu Langat, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bandar Baru Bangi, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Bomba Subang Jaya, Balai Polis Subang Jaya, TUDM Subang, dan Balai Bomba Bukit Jelutong.

Jutaan terima kasih kepada Dunkin’ Malaysia atas sokongan berterusan dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini membawa manfaat kepada masyarakat dan mengeratkan semangat kebersamaan di bulan Ramadan.

Berpakat Bantu Masyarakat!

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE