12 November 2021 – Dunkin’ Malaysia dan Yayasan Food Bank Malaysia bekerjasama untuk melancarkan Dunkin Cares dalam mengumpul dana CSR untuk membantu pengendali makanan mikro dan komuniti kurang berkemampuan yang mata pencarian mereka terjejas akibat wabak Covid-19.
Dari 28 September hingga 12 Oktober, RM2 disalurkan kepada kutipan derma dengan setiap pembelian kombo Amazin’ Choco Crispearls. Pihak Dunkin’ berjaya mengumpulkan dana berjumlah 𝗥𝗠𝟮𝟱,𝟬𝟬𝟬.Pada 3 November 2021, Encik Peter Yu, Pengarah Urusan Dunkin’ Malaysia, menyampaikan dana kepada Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia di Ibu Pejabat Dunkin.
Dengan dana ini, Yayasan Food Bank Malaysia telah menyantuni anak anak yatim Rumah Anak Yatim Nur Hati & Rumah Anak Yatim Qaseh melalui program “Food Bank Hotmeals Dunkin'”. Semoga dengan sedikit pemberian sumbangan ini, dapat membantu memudahkan lagi urusan penerima di masa akan datang.
More Post..

BANTUAN TENGKUJUH SUSUR PULAU YFBM 2024 BERSAMA YAYASAN TAQWA – MAIWP DI PULAU PEMANGGIL, PULAU AUR DAN PULAU TINGGI, JOHOR
afiq_yfbm_admin
October 29, 2024
Kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Taqwa-MAIWP selaku penyumbang utama Program Bantuan Tengkujuh Susur Pulau. Terima kasih atas sokongan padu dan komitmen yang telah

RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA CIMB FOUNDATIOIN : PROGRAM MEMBELI-BELAH RAYA BERSAMA ANAK-ANAK PULAU REJUNA, KELANTAN
afiq_yfbm_admin
March 13, 2026
13 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama CIMB Foundation telah menyantuni seramai 50 orang anak-anak dari Pulau Rejuna, Kelantan melalui program

RAHMAT RAMADAN: EHH FOOD INDUSTRY & YFBM SANTUNI RAKAN MEDIA DI WISMA BERNAMA
afiq_yfbm_admin
March 12, 2026
12 Mac 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama dan sumbangan daripada EHH Food Industry Sdn Bhd telah meneruskan Program Rahmat Ramadan melalui
