YFBM dan L’Oreal Malaysia telah berkolaberasi untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin daripada tiga buah rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor. Rumah kebajikan yang terlibat ialah Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia Sungai Kantan, Rumah Anak Yatim & Miskin Sri Kundang dan Pondok Mahfuzah Batang Kali yang berjumlah 123 orang anak-anak yatim dan miskin.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia dan Mr Thomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia-Singapura.
Kami membawa anak-anak terpilih ini membeli-belah di Mydin Mall USJ1, Subang Jaya sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Anak-anak ini diberi peluang untuk memilih sendiri barangan raya yang diinginkan seperti baju Melayu, baju kurung, kasut dan barang keperluan raya yang lain sambil ditemani oleh para sukarelawan daripada L’Oreal Malaysia.
Selain itu, anak-anak ini juga turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak L’Oreal Malaysia.
Usai membeli-belah, kami menyertai anak-anak ini untuk berbuka puasa bersama mereka sebagai penutup program untuk hari semalam.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada L’Oreal Malaysia yang menjadi penyumbang utama untuk menyempurnakan raya anak-anak ini.
BERPAKAT BANTU MASYARAKAT 
Share our story!
More Post..

Majlis Rahmah Aidilfitri 2023 di Perkarangan Pusat Peduli Kanak-Kanak Hulu Selangor
hasriq_yfbm_admin
May 13, 2023
Majlis Rahmah Aidilfitri 2023 di Perkarangan Pusat Peduli Kanak-Kanak Hulu Selangor.Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Sosial Wanita Hulu Selangor.200 keluarga dapat dimanfaatkan dengan menerima

SESI PEMBUNGKUSAN BEG BANTUAN PROGRAM KEMBARA TENGKUJUH SUMBANGAN CIMB FOUNDATION BERSAMA PUSPANITA KPM DI YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
January 19, 2026
19 Januari 2026 – Telah berlansung sesi pembungkusan Program Kembara Tengkujuh 2026 di Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Sebanyak 750 beg

Misi bantuan sukarelawan pembersihan rumah mangsa banjir di Bukit Lanchong.
hasriq_yfbm_admin
December 23, 2021
Hari ini, 23 Disember 2021, YFBM dengan kerjasama Sahabat Jariah Malaysia telah berjaya membersihkan 4 buah rumah di Kg Bukit Lanchong. Kami sukarelawan YFBM dan
