Sukarelawan YFBM hari ini, 22 Disember 2021 telah melaksanakan misi di beberapa lokasi yang terkesan dengan bencana banjir. Antaranya:
1. Menyampaikan bantuan bekalan makanan di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Putra Heights dan Surau Nurul Islah di Bukit Lanchong. (100 pek beras 10kg, 480kg Gula, Ikan masin, susu kanak kanak, pampers, pad wanita, biskut, 50 karton air mineral, minuman 3in1, roti dan lain lain)
2. Selain itu, sukarelawan kami juga telah menyumbang tenaga dengan membantu pembersihan rumah orang kampung (Bukit Lanchong) yang terkesan kerana banjir.
Sekalung penghargaan kepada penyumbang individu dan organisasi korporat yang telah menyumbang dana bantuan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: monsoon21
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

Sumbangan kepada 200 penerima di Bagan Samak, Kedah
hasriq_yfbm_admin
June 13, 2023
CDERT YFBM harini berada di Bagan Samak, Kedah untuk serahan kotak bekalan makanan asas dan roti Gardenia untuk 200 penerima di sini. Turut hadir sama

KUNJUNGAN HORMAT DEWAN USAHAWAN BUMIPUTERA SARAWAK MIRI (DUBS)
afiq_yfbm_admin
October 24, 2025
24 Oktober 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menerima kunjungan hormat daripada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri bagi membincangkan peluang kerjasama

SESAMA MARA BOX OF HOPE AIR SELANGOR, VILLAGE GROCER & YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA
afiq_yfbm_admin
December 5, 2024
5 Disember 2024 – Program Sesama Mara Box of Hope Air Selangor, Village Grocer dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan lagi di Balairaya JKK
