YFBM dan L’Oreal Malaysia telah berkolaberasi untuk menyantuni anak-anak yatim dan miskin daripada tiga buah rumah kebajikan terpilih di sekitar Selangor. Rumah kebajikan yang terlibat ialah Rumah Anak Yatim Peribadi Mulia Sungai Kantan, Rumah Anak Yatim & Miskin Sri Kundang dan Pondok Mahfuzah Batang Kali yang berjumlah 123 orang anak-anak yatim dan miskin.
Program ini turut dihadiri oleh Encik Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia dan Mr Thomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia-Singapura.
Kami membawa anak-anak terpilih ini membeli-belah di Mydin Mall USJ1, Subang Jaya sebagai persediaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Anak-anak ini diberi peluang untuk memilih sendiri barangan raya yang diinginkan seperti baju Melayu, baju kurung, kasut dan barang keperluan raya yang lain sambil ditemani oleh para sukarelawan daripada L’Oreal Malaysia.
Selain itu, anak-anak ini juga turut menerima sumbangan duit raya daripada pihak L’Oreal Malaysia.
Usai membeli-belah, kami menyertai anak-anak ini untuk berbuka puasa bersama mereka sebagai penutup program untuk hari semalam.
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutamanya kepada L’Oreal Malaysia yang menjadi penyumbang utama untuk menyempurnakan raya anak-anak ini.
BERPAKAT BANTU MASYARAKAT 
Share our story!
More Post..

Perbincangan Hala Tuju YFBM dan KPDN
hasriq_yfbm_admin
February 16, 2023
PUTRAJAYA, 16 Feb 2023 – Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, En Johan Halid bersama pasukan telah menghadiri sesi perbincangan mengenai hala tuju hubungan

MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH KOLABORASI PDRM DAN DBKL BERSAMA RAKAN STRATEGIK DENGAN KOMUNITI SETEMPAT
afiq_yfbm_admin
April 27, 2024
27 April 2024 – Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival Pencegahan Jenayah Kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama

HAPPY WESAK DAY
afiq_yfbm_admin
May 12, 2025
Today, we celebrate the light of peace and the universal value of compassion with our Buddhist friends in conjunction with Wesak Day. May unity, tolerance,
