YFBM HADIR KE JAMUAN TENGAHARI RAMADAN 2025 ANJURAN WADAH

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
22 Februari 2025 – Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah menganjurkan Jamuan Tengahari Sempena Ramadan 2025 / 1446H di Anjung Rahmat, Pusat Dakwah dan Tarbiah WADAH, Sg Merab, Bangi.
Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) turut dijemput bagi memeriahkan majlis yang diadakan dalam semangat kebersamaan dan kemasyarakatan sepanjang bulan mulia ini.
Majlis ini dihadiri oleh Presiden WADAH, Dato’ Hj Ahmad Azam Abd Rahman, bersama Mejar Jeneral Dato’ Yusri Anwar (Bersara) (Hj) selaku exco WADAH serta (PA) Aminurrahim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, dan Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puteri Fazlieznoor Yahaya.
Sepanjang program, YFBM telah menyerahkan kotak bakul makanan kepada penerima sebagai sebahagian daripada inisiatif bantuan makanan kepada golongan memerlukan.
Selain jamuan tengahari, turut diadakan sesi agihan bubur lambuk dan cabutan bertuah bagi memeriahkan suasana. YFBM mengucapkan terima kasih kepada pihak WADAH atas jemputan serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Berpakat Bantu Masyarakat.

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person. DONATE