Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Nestlé Malaysia atas sumbangan makanan sejuk beki ‘Nestlé Harvest Gourmet’ yang siap dimasak sukarelawan YFBM kepada mangsa-mangsa kebakaran dan petugas barisan hadapan di Putra Heights baru-baru ini. Bantuan ini amat bermakna buat mereka yang kehilangan tempat tinggal dan keperluan asas, sekaligus menyuntik semangat kepada komuniti yang sedang diuji.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus mengawal situasi serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan kejadian. Kerjasama erat bersama agensi-agensi seperti Penjara Kajang dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia memperlihatkan kekuatan solidariti kita sebagai rakyat Malaysia.
HELP US