DUNKIN’ KINDNESS BASKET: IN CONJUNCTION WITH MRS INTERNATIONAL WORLD 2025

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
1 Mac 2025 – MMW Group of Pageants Management dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menganjurkan program bantuan makanan di bawah inisiatif Dunkin’ Kindness Basket. Program ini diadakan sempena Mrs International World 2025, yang ditaja oleh Dunkin’ Malaysia.
 
Sebanyak 100 kotak makanan asas telah dibungkus oleh calon-calon dari MIW dan diedarkan di PPR Prima Cempaka. Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid, Ketua Pegawai Operasi, Puteri Fazlieznoor Yahaya, delegasi VIP dari MMW Group of Pageants serta AJK Persatuan Penduduk PPR Prima Cempaka.
 
Acara ini turut dimeriahkan oleh pengacara daripada HELP University, Akhmal bin Ayob (Pegawai Khas kepada Timbalan Pengerusi HELP Education Group).
 
YFBM merakamkan penghargaan kepada Dunkin’ Malaysia, MIW Group of Pageants, Persatuan Penduduk PPR Prima Cempaka, sukarelawan, dan pasukan YFBM atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.
 
Dunkin’ (Malaysia)
 
Berpakat Bantu Masyarakat.

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE