1 Januari 2022- Pada hari ini YFBM menyerahkan beberapa barang kelengkapan dan peralatan di Perlis iaitu lokasi pertama di Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Mak Teh melalui dana sumbangan daripada Cimb Foundation. Seramai 17 pelajar telah mendapat manfaat dari sumbangan ini. Antara barang yg disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, penyidai kain, mesin pengisar, periuk nasi, mesin penyedut habuk, mesin basuh automatik, seterika, papan penggosok dan rak tuala.
Manakala lokasi kedua adalah di Rumah Jannah iaitu Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Asnaf. Seramai 25 anak – anak di pusat jagaan ini mendapat manfaat dari sumbangan Cimb Foundation ini. Antara barang-barang yang disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, kipas dinding, seterika, papan penggosok, peti ais, dan rak tuala serta jamuan makan untuk 25 anak-anak yatim di sini.
Jutaan terima kasih kepada CIMB Foundation kerana telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada dua rumah kebajikan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: CharityHome22
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

PROGRAM SUSUR PULAU 2025 YFBM PULAU TUBA & PULAU DAYANG BUNTING, LANGKAWI BERSAMA YAYASAN TAQWA MAIWP
afiq_yfbm_admin
December 14, 2025
12 & 13 Disember 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM), dengan kerjasama Yayasan Taqwa selaku penyumbang utama, telah melaksanakan Misi Bantuan Tengkujuh: Program Susur

Food Bank Relief CIMB Foundation – Inas, Negeri Sembilan.
hasriq_yfbm_admin
January 21, 2023
Food Bank Relief CIMB Foundation diteruskan lagi di jajaran Inas, Negeri Sembilan.Serahan kali ini diserahkan oleh DYMM Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan DYMM

PROGRAM BANTUAN KEMANUSIAAN YFBM BERSAMA KDN SEMPENA HARI PENDAFTARAN NEGARA KE-76 DI KG. PERMATANG PASIR, KEDAH
afiq_yfbm_admin
October 5, 2024
5 Oktober 2024 – Telah berlangsung Majlis Sua Mesra yang dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri Sempena Hari Pendaftaran Negara Ke – 67. Majlis telah berlansung
