1 Januari 2022- Pada hari ini YFBM menyerahkan beberapa barang kelengkapan dan peralatan di Perlis iaitu lokasi pertama di Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Mak Teh melalui dana sumbangan daripada Cimb Foundation. Seramai 17 pelajar telah mendapat manfaat dari sumbangan ini. Antara barang yg disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, penyidai kain, mesin pengisar, periuk nasi, mesin penyedut habuk, mesin basuh automatik, seterika, papan penggosok dan rak tuala.
Manakala lokasi kedua adalah di Rumah Jannah iaitu Pusat Jagaan Anak Anak Yatim & Asnaf. Seramai 25 anak – anak di pusat jagaan ini mendapat manfaat dari sumbangan Cimb Foundation ini. Antara barang-barang yang disumbangkan adalah mesin pengering pakaian, kipas dinding, seterika, papan penggosok, peti ais, dan rak tuala serta jamuan makan untuk 25 anak-anak yatim di sini.
Jutaan terima kasih kepada CIMB Foundation kerana telah memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada dua rumah kebajikan ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun bank berikut:
Name: Yayasan Food Bank Malaysia
Bank: Maybank Berhad
Akaun: 5660 1063 0584
ref: CharityHome22
Sumbangan kepada Yayasan Food Bank Malaysia layak untuk mendapat Pengecualian Cukai LHDN, resit akan diberi sekiranya perlu.
More Post..

KEMBARA TENGKUJUH YFBM 2023/2024 JAJARAN 5 DI GUA MUSANG, KELANTAN BERSAMA CIMB FOUNDATION
afiq_yfbm_admin
January 22, 2024
22 Jan 2024 – YFBM meneruskan lagi Kembara Tengkujuh 2023/2024 jajaran 5 ke beberapa lokasi antaranya di Kg. Pasir Linggi, Kg. Machang dan Kg Chalil.

HAPPY INTERNATIONAL VOLUNTEER DAY 2024
afiq_yfbm_admin
December 5, 2024
Happy International Volunteer Day We extend our heartfelt gratitude. Thank you to all the volunteers who join YFBM and work tirelessly to create a better

LITERASI KELAS RIMBA BATEQ
afiq_yfbm_admin
May 4, 2025
Literasi Kelas Rimba Bateq (LKRB) is an outreach education initiative by Yayasan Food Bank Malaysia aimed at supporting the Bateq Orang Asli community in Taman
