Pihak YFBM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, En. Johan Halid telah dijemput menghadiri Program Siswi Helping Kit anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi (PMFST) Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung di Persada FST, UKM Bangi.
Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Prasiswazah, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida. Turut berlangsung pada program ini ialah ceramah tentang kesihatan wanita oleh Dr Nurul Wahidah dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Program ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Wanita Kebangsaan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi di FST tentang kesihatan dan kebersihan wanita.
Program ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan mahasiswi di FST dengan meletakkan kit penjagaan diri di tandas-tandas wanita yang terdapat di seluruh bangunan Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Antara barang sumbangan dari pihak YFBM adalah syampu, sabun mandian, hand sanitizer dan berus gigi.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan di masa akan datang dan memberi manfaat kepada para mahasiswi di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.
Berpakat Bantu Masyarakat.
#yfbm
Share our story!
Lend your Help!
Every RM5 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
More Post..

FOOD BANK CARES – DUNKIN’ PRIHATIN
28 Feb 2024 – Team YFBM selesai menghantar bekalan makanan asas kepada 4 rumah kebajikan terpilih di dalam program Food Bank Cares – DUNKIN’ Prihatin

SELAMAT MEMPERINGATI ISRAK MIKRAJ
27 Rejab 1447H | 2026M Yayasan Food Bank Malaysia mengucapkan Selamat Memperingati Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam. “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya

MISI BANTUAN KEMANUSIAAN – MISI BANJIR DI KEDAH DARUL AMAN
20 September 2024 – Telah berlangsung penyerahan barangan sumbangan kepada APM Selangor ( Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor ) di Pusat Pengedaran di Yayasan Food
