SESI PEMBUNGKUSAN SUSUR PULAU YFBM SUMBANGAN YAYASAN TAQWA (MAIWP) 2026

  • Post author:
  • Reading time:6 mins read
 

8 September 2026 – Telah berlangsung sesi pembungkusan bagi Program Susur Pulau YFBM Sumbangan Yayasan Taqwa (MAIWP) di Pulau Pangkor Tahun 2026 di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Sesi ini dilaksanakan dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, dengan sebanyak 400 beg makanan asas dan 200 kit kebersihan berjaya dibungkus sebagai persediaan untuk disalurkan kepada masyarakat di Pulau Pangkor.

Sesi pembungkusan turut disertai oleh TPj. Kehormat (PA) Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Kol. Bersekutu (PA) Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Mej. (PA) Ahmad Shahfikri Darus, Ketua Sektor Operasi APM Wilayah Persekutuan, Mej.(PA) Mohd Khairul Sobri bin Abdul Rahim, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat, serta sukarelawan dari APM dan warga kerja YFBM .

Sumbangan daripada Yayasan Taqwa (MAIWP) ini akan disalurkan melalui inisiatif Susur Pulau bagi membantu masyarakat di Pulau Pangkor.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan Taqwa (MAIWP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan usaha ini. Semoga semangat ini terus diperkukuhkan demi menyantuni lebih ramai komuniti yang memerlukan.

BERPAKAT BANTU MASYARAKAT