SESI PEMBUNGKUSAN BERSAMA MANULIFE MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read
30 April 2026 – Hari ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menganjurkan Program Kindness Basket 2026 bersama Manulife Malaysia di Gudang YFBM, Semenyih, Selangor. Program ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang sukarelawan daripada Manulife Malaysia bersama seluruh kakitangan YFBM dalam sesi pembungkusan sebanyak 250 kotak bantuan sebagai persediaan untuk disalurkan kepada komuniti yang memerlukan.
Kami berbesar hati menyambut kehadiran Pengerusi YFBM, Y.A.M. Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah, serta Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Puan Vibha Coburn, Ahli Pemegang Lembaga Amanah YFBM, Datuk Ir Ahmad ‘ Asri Abdul hamid. Sesi ini turut diserikan dengan perkongsian mengenai Zero Waste dan Zero Hunger Communities yang menekankan kepentingan menangani isu pembaziran makanan serta ketidakamanan makanan dalam masyarakat.
Terima kasih kepada Manulife Malaysia, anggota @apmwilayahpersekutuan , sukarelawan dan warga kerja YFBM atas usaha menjayakan program ini. Bersama kita terus membantu mereka yang memerlukan!
@manulife.malaysia
Berpakat Bantu Masyarakat!
DONATE