17 Ogos 2026 – Telah berlangsung sesi pembungkusan barangan bantuan bagi kempen Kembara Merdeka 69 di Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Etika Sdn Bhd. Sebanyak 300 beg sumbangan barangan makanan asas telah berjaya dibungkus.
Sesi pembungkusan ini dijayakan bersama sukarelawan dari Etika Sdn Bhd dan warga kerja YFBM yang hadir berganding bahu. Bantuan yang disediakan ini bakal diagihkan menerusi misi Kembara Merdeka 69 bagi menyemarakkan lagi bulan kebangsaan serta menyokong komuniti yang memerlukan.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Etika Sdn Bhd, serta semua pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha murni ini. Semoga sokongan padu ini dapat memberikan kegembiraan dan meringankan beban penerima sempena sambutan Hari Kebangsaan.



