31 Ogos 2024 – Program Sesama Mara Box of Hope anjuran Air Selangor, Village Grocer, dan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) diteruskan di Masjid Nurul Huda, Parit Mahang, Selangor.
Sebanyak 200 penerima telah menerima manfaat daripada serahan ‘Box of Hope’ kali ini.
Program ini turut disertai oleh En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Food Bank Malaysia, En. Muhammad bin Yunos, Nazir Masjid Nurul Huda, ahli jawatankuasa Masjid Nurul Huda, kakitangan YFBM, serta sukarelawan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang utama, iaitu Pengurusan Air Selangor dan Village Grocer.
Semoga kerjasama dan kolaborasi ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE