18 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia telah membawa kegembiraan kepada 50 anak-anak yatim melalui Program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’. Program ini melibatkan sesi membeli-belah persiapan Raya bersama dua buah rumah anak-anak yatim, iaitu Pertubuhan Kebajikan Raudhatul al Faeez dan Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Seri Kundang, bertempat di AEON Mall AU2 Setiawangsa.
Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Pegawai Operasi Dunkin’ Malaysia, Puan Jesrina Liew, bersama ahli kerja dari Dunkin’ Malaysia, Ketua Pegawai Kewangan, Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Operasi YFBM, Puan Fazlieznoor Yahaya, serta Pengurus Besar YFBM, Puan Yang Rafidah Othman, bersama ahli kerja YFBM. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen dalam menyantuni golongan yang memerlukan, sekaligus menyemarakkan semangat Ramadan dengan kasih sayang dan kebersamaan.
Selepas sesi membeli-belah, anak-anak yatim bersama para jemputan berkesempatan untuk berbuka puasa di The Chicken Rice Shop, menambahkan lagi keceriaan dalam sambutan Ramadan ini.
Terima kasih kepada Dunkin’ Malaysia dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini membawa kegembiraan dan berkat kepada anak-anak yang diraikan.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US