17 Mac 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) bersama Dunkin’ Malaysia telah mengedarkan 500 bubur lambuk dalam Program Semarakkan Ramadan Bersama Dunkin’ yang berlangsung di Masjid Pintal Tali, Georgetown, Penang. Agihan ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Penang sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni komuniti sepanjang bulan Ramadan.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nasruddin Mat Nasir, Ketua Pengarah LHDN Penang, AJK Kariah Masjid Pintal Tali, serta Pn. Rafidah Othman, Pengurus Besar Dunkin’ Malaysia. Kehadiran mereka bersama para sukarelawan menzahirkan semangat kebersamaan dalam menyemarakkan bulan yang penuh keberkatan ini.
Terima kasih kepada Dunkin’ Malaysia, LHDN Penang, dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan sokongan. Semoga usaha ini membawa manfaat kepada penerima serta memperkukuhkan hubungan dalam komuniti.
Berpakat Bantu Masyarakat!
HELP US