Seorang ibu mungkin tidak selalu bercerita tentang penatnya.
Tapi dalam diam, dialah yang paling banyak berkorban untuk keluarga.
Ada ibu yang sanggup ikat perut supaya anak dapat makan dulu. Ada yang tetap kuat bekerja dan menjaga keluarga walaupun hidup serba kekurangan. Dan ada juga ibu yang terus tersenyum walaupun sedang memikul terlalu banyak beban.
Sempena Hari Ibu ini, kami di Yayasan Food Bank Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu di luar sana khususnya para ibu yang terus tabah membesarkan keluarga dalam apa jua keadaan.
Terima kasih kerana menjadi kekuatan dalam rumah, penyeri dalam keluarga, dan sumber kasih sayang yang tak pernah putus.
Selamat Hari Ibu.
HELP US
