SAMBUTAN 2 DEKAD MARITIM MALAYSIA, PERISAI SAMUDERA MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
15 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia ( YFBM ) berbesar hati menyertai Sambutan 2 Dekad Maritim Malaysia di Persiaran Karpal Singh, Georgetown, Pulau Pinang. Acara ini meraikan 20 tahun khidmat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara. Pelbagai pameran, persembahan, dan aktiviti menarik turut diadakan untuk memperkenalkan peranan Maritim Malaysia kepada orang ramai.
 
Bagi memeriahkan sambutan, YFBM turut membuka kiosk permainan interaktif untuk para pengunjung. Ia bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi platform untuk mendidik masyarakat tentang keselamatan makanan dan kepentingan mengurangkan pembaziran. Sokongan serta sambutan hangat daripada orang ramai menjadikan pengalaman ini lebih bermakna.
 
Terima kasih Maritim Malaysia atas jemputan untuk menyertai acara istimewa ini.
 
Berpakat Bantu Masyarakat.

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE