PROGRAM SUSUR PULAU 2026 – MISI BANTUAN PERSEDIAAN MONSUN TIMUR LAUT (PULAU TINGGI, JOHOR)

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read

19 Oktober 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan Program Susur Pulau 2026 dengan sokongan dan sumbangan daripada Public Bank Berhad Public Bank Malaysia . Pada sebelah petang, misi diteruskan ke Pulau Tinggi selepas penyerahan bantuan di Pulau Sibu. Sebahagian pasukan YFBM telah berada lebih awal di lokasi bagi menyelaras persiapan program.

Penyerahan bantuan makanan asas di Pulau Tinggi melibatkan 52 Ketua Isi Rumah (KIR) sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut, khususnya apabila keadaan cuaca dan laut boleh menjejaskan aktiviti harian serta akses kepada bekalan keperluan asas.

Program dimulakan dengan ucapan aluan dan bacaan doa, diikuti taklimat keselamatan oleh Maritim Malaysia serta ucapan Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, sebelum sesi penyerahan bantuan dilaksanakan.

YFBM merakamkan penghargaan kepada Public Bank Berhad atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan misi ini. Terima kasih juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Rompin dan Pekan atas bantuan logistik darat serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas sokongan logistik dan pengangkutan laut.

Penghargaan turut diberikan kepada sukarelawan Skuad Al Basith Khai Zam dan APM Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Apm atas komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan misi ini.

Kerjasama semua pihak membantu memastikan bantuan makanan sampai kepada komuniti pulau serta memperkukuh kesiapsiagaan mereka menjelang musim tengkujuh.

Berpakat Bantu Masyarakat

#YFBM#PublicBankBerhad#SusurPulau2026#PulauTinggi#MaritimMalaysia