PROGRAM SUSUR PULAU 2026 – MISI BANTUAN PERSEDIAAN MONSUN TIMUR LAUT (PULAU AUR & PULAU PEMANGGIL, JOHOR DARUL TAKZIM)

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

 18 Oktober 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan Program Susur Pulau 2026 dengan sokongan dan sumbangan daripada Public Bank Berhad bagi membantu komuniti pulau di sekitar Mersing, Johor membuat persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.

YFBM telah menyempurnakan penyerahan bantuan makanan asas kepada Ketua Kampung Pulau Aur dan Pulau Pemanggil di Jeti Nelayan Mersing. Penyerahan ini melibatkan 72 Ketua Isi Rumah (KIR), merangkumi 16 KIR di Pulau Pemanggil dan 56 KIR di Pulau Aur, untuk disalurkan kepada komuniti masing-masing.

Inisiatif ini bertujuan membantu komuniti pulau mendapatkan bekalan makanan asas sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, khususnya apabila keadaan cuaca dan laut boleh menjejaskan akses serta perhubungan dengan tanah besar.

YFBM merakamkan penghargaan kepada Public Bank Berhad atas sumbangan dan sokongan dalam menjayakan misi ini. Terima kasih juga kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Rompin dan Pekan atas bantuan logistik darat, serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atas sokongan logistik dan pengangkutan laut sepanjang pelaksanaan misi.

Penghargaan turut diberikan kepada para sukarelawan Skuad Al Basith dan APM Wilayah Persekutuan atas komitmen, tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Kerjasama semua pihak mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kesiapsiagaan komuniti pulau menjelang musim tengkujuh.
 

Berpakat Bantu Masyarakat

DONATE