PROGRAM SUA MESRA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DI SK SUNGAI KARANGAN, KEDAH

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
25 Januari 2025 – Program Sua Mesra Kementerian Dalam Negeri (KDN) anjuran Jabatan Imigresen Malaysia telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Karangan, Kedah.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Pameran Agensi Kementerian Dalam Negeri, Sukan Rakyat, Pertandingan Mewarna, Persembahan Pancaragam, dan lain-lain yang berjaya memeriahkan program ini.
Program Sua Mesra KDN telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri. Dalam program ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyumbangkan 150 kotak ‘Kindness Basket’ kepada penerima manfaat di kawasan tersebut.
Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan diiringi oleh En. Johan Halid, Ketua Pegawai Ekskutif YFBM, serta Puan Puteri Fazlieznoor Yahaya, Ketua Pegawai Operasi YFBM.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan manfaat kepada semua penerima dan terus membantu komuniti setempat.
Berpakat Bantu Masyarakat!

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person. DONATE