PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU NURUL HIDAYAH, KUCHAI ENTREPRENEUR PARK

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read

27 Ogos 2026 — Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) meneruskan kolaborasi bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Seramai 150 penerima telah menerima bantuan kotak makanan asasi di Surau Nurul Hidayah, Kuchai Entrepreneur Park, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan komuniti setempat. Program turut disertai dengan sesi saringan kesihatan dari Klinik As Salam.

Turut hadir ialah Wakil Pusat Agihan Zakat Seputeh, Encik Muhammad Firdzuan bin Ahmad Azizi, Pengerusi Surau Nurul Hidayah Kuchai Entrepreneur Park, Encik Abdullah bin Kadir, serta Ketua Pemasaran dan Komunikasi YFBM, Encik Syah Hendri Herman.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, Pusat Agihan Zakat (PAZA), Klinik As Salam, AJK surau, para sukarelawan dan komuniti setempat atas kerjasama serta komitmen dalam menjayakan usaha ini.

Berpakat Bantu Masyarakat