PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI SURAU JUMAAT AL-HIKMAH PPR TAMAN BERINGIN

  • Post author:
  • Reading time:3 mins read
13 Mei 2026 — Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP Bersama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) Tahun 2026 diteruskan di Surau Jumaat Al-Hikmah, PPR Taman Beringin menerusi kerjasama strategik antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Seramai 150 penerima telah menerima bantuan bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di kawasan sekitar.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan jaringan bantuan komuniti melalui dana zakat, di samping memastikan bantuan dapat disampaikan secara lebih menyeluruh kepada masyarakat yang memerlukan. Program kali ini turut diserikan dengan pemeriksaan kesihatan percuma yang dibawakan oleh Kumpulan Megaklinik Zahran bagi memberi manfaat tambahan kepada para penerima yang hadir.

Antara yang hadir dalam program ini ialah Encik Amin Zalmi bin Abdul Fatah, Pengerusi Surau Jumaat Al-Hikmah, Encik Ahmad Safwan bin Azhar, Wakil Pusat Agihan Zakat Parlimen Batu, Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia, Encik Mohd Azhar Yaacob selaku Ketua Imam Surau Jumaat Al-Hikmah, serta warga kerja YFBM dan ahli jawatankuasa surau.

Program turut diisi dengan sesi taklimat, ucapan tetamu jemputan, gimik penyerahan bantuan kepada penerima, sesi serahan bantuan kepada 150 penerima serta lawatan ke rumah penerima terpilih.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, pihak surau, Kumpulan Megaklinik Zahran, para sukarelawan termasuk seramai 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), serta komuniti setempat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

@hqmaiwp
@pusatpungutanzakat

Berpakat Bantu Masyarakat.

DONATE