13 Mei 2026 — Kerjasama antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP Bersama Yayasan Food Bank Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di Surau Al Hijriah, PPR Sri Aman. Seramai 150 penerima telah disantuni menerusi program ini bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.
Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam menyalurkan bantuan kepada komuniti setempat melalui sokongan dana zakat, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara institusi, komuniti dan badan kebajikan demi kesejahteraan masyarakat. Program kali ini turut diperkasakan dengan pemeriksaan kesihatan percuma yang dibawakan oleh Kumpulan Megaklinik Zahran bagi memberi manfaat tambahan kepada para penerima yang hadir.
Antara yang hadir dalam program ini ialah Encik Mohd Amir Asyraf bin Abdul Aziz, Pengerusi Surau Al Hijriah, Encik Ahmad Safwan bin Azhar, Wakil Pusat Agihan Zakat Parlimen Batu, Encik Azhar bin Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan Yayasan Food Bank Malaysia, Abdul Hadi bin Ibrahim selaku Imam Surau Al Hijriah, serta warga kerja YFBM dan ahli jawatankuasa surau.
Program turut diisi dengan sesi taklimat, ucapan tetamu jemputan, gimik penyerahan bantuan kepada penerima, sesi serahan bantuan kepada 150 penerima serta lawatan ke rumah penerima terpilih.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, pihak surau, Kumpulan Megaklinik Zahran, para sukarelawan termasuk seramai 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), serta komuniti setempat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
@hqmaiwp
@pusatpungutanzakat
Berpakat Bantu Masyarakat.
