PROGRAM SENTUHAN KASIH ZAKAT MAIWP BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA 2026 DI MASJID ZAID IBNU THABIT, PPR DESA TUN RAZAK

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read

19 Mei 2026 — Kolaborasi antara Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diteruskan menerusi Program Sentuhan Kasih Zakat MAIWP 2026. Bagi siri kali ini, seramai 150 penerima telah disantuni dalam program yang berlangsung di Masjid Zaid Ibnu Thabit, PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur.

Inisiatif ini merupakan usaha berterusan dalam membantu golongan yang memerlukan melalui penyaluran bantuan serta sokongan komuniti setempat. Program turut disertai dengan sesi saringan kesihatan dari Klinik As Salam, gimik penyerahan bantuan kepada penerima serta lawatan ke rumah penerima bagi menyantuni mereka dengan lebih dekat.

Program ini turut dihadiri oleh Tuan Zolkafli bin Suhor, Pengerusi Masjid Zaid Ibnu Thabit, Puan Nik Noor Syafawati binti Nik Mohamed Nasir, Ketua Penyelaras Pusat Agihan Zakat Bandar Tun Razak, Puan Nurul Izzah, Eksekutif Pembangunan Perniagaan Klinik As Salam HQ, Puan Haslina Hashim, wakil dari Institut Kemahiran Baitumal-MAIWP serta Puan Puteri Fazlieznoor binti Yahaya, Ketua Pegawai Operasi YFBM bersama warga kerja YFBM dan ahli jawatankuasa masjid.

Turut bersama menjayakan program ini ialah para sukarelawan termasuk 17 pelajar-pelajar Institut Kemahiran Baitulmal-MAIWP yang membantu melancarkan perjalanan program sepanjang berlangsung.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MAIWP, para sukarelawan, dan komuniti setempat atas komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

@hqmaiwp
@pusatpungutanzakat
@klinikassalam
@official.kpmaiwp
@masjidzaidbinthabit

Berpakat Bantu Masyarakat.