PROGRAM SATU PEMIMPIN SATU KAMPUNG (SANTUNI MADANI) DI KAMPUNG BALIK BATU, TANJUNG BIDARA, MELAKA

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
26 Oktober 2024 – Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bertempat di Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan sekitar Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
 
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Antara program yang diadakan adalah acara sukan rakyat, Program Gotong Royong, Program Santuni Asnaf Kampung Balik Batu, Pelancaran Gerobok Rezeki, Program Motivasi Pelajar, Kenduri Sekampung dan Program Ceramah Perdana.
 
Kemuncak acara adalah Majlis Peluncuran Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni Madani) yang dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Pada majlis ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyumbangkan 200 set ‘Kindness Basket’ kepada penerima dari Kampung Balik Batu.
 
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan diiringi oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , YBhg. Datuk Nizam Bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan serta disaksikan dif-dif kehormat yang lain.
 
Semoga dengan sumbangan yang telah disampaikan ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima.
 
Berpakat Bantu Masyarakat!

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE