PROGRAM KINDNESS BASKET YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA BERSAMA HASiL KEDAH PRIHATIN 2026

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
 

17 July 2026 – Hari pertama pelaksanaan program dimulakan dengan pergerakan pasukan menaiki Roro dari Jeti Kuala Perlis menuju ke Jeti Tanjung Lembung, Bukit Malut, Pulau Langkawi.

Setibanya di Langkawi, pasukan meneruskan perjalanan dengan mengadakan lawatan tapak di Padimas Villa, selain meninjau laluan dan lokasi sekitar Pulau Tuba sebagai sebahagian daripada persediaan pelaksanaan program.

Terima kasih kepada HASiL Kedah, PERKIS, BAKIS, serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. selaku Rakan Logistik Strategik atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan kelancaran perjalanan dan persiapan program.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan bantuan ini dapat disampaikan dengan selamat kepada komuniti yang memerlukan.