23 Julai 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah berjaya melaksanakan Program Kindness Basket bertempat di Surau Al-Ukhuwah, Pangsapuri Sri Meranti, Bandar Sri Damansara. Program ini dianjurkan bagi menyokong serta membantu meringankan beban kos sara hidup komuniti setempat yang memerlukan.
Melalui pelaksanaan program ini, sebanyak 120 bakul makanan telah diserahkan secara terus kepada 120 penerima manfaat dari kalangan penduduk Pangsapuri Sri Meranti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat yang memastikan proses pendaftaran dan pengagihan berjalan dengan lancar. Semoga usaha murni ini dapat memberikan sedikit kelegaan dan kegembiraan buat komuniti setempat.
Berpakat Bantu Masyarakat!





