PROGRAM ‘EAT WELL WITH FONTERRA BRANDS MALAYSIA’ DENGAN KERJASAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA SEMPENA HARI SUSU SEDUNIA

  • Post author:
  • Reading time:4 mins read
30 Mei 2024 – Sempena sambutan Hari Susu Sedunia pada 1 Jun, Fonterra Brands Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk tahun keempat dalam program ‘Eat Well with Fonterra’ yang diadakan di Dewan Siantan, Kg. Melayu Subang, Selangor.
 
Program ini menampilkan sesi perkongsian bertajuk “Susu – Makanan ‘Super’ Dari Alam Semula Jadi” yang disampaikan oleh Ms. Wendy Goh, Pakar Nutrisi Fonterra. Selain itu, telah diadakan sesi demonstrasi memasak oleh Chef Wee Liat Tan bersama Puan Manisya Ismail dari Fonterra sebelum penyerahan pek produk Fonterra kepada 100 penerima.
 
Turut hadir dalam program ini adalah Carolyn Lim, Pengarah Sumber Manusia Fonterra Brands Malaysia, dan En. Johan Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Fonterra Brands Malaysia atas sumbangan kali ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
 

Berpakat Bantu Masyarakat!

Share our story!

Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE