22 JUN 2024 – YFBM amat berbesar hati dapat bekerjasama di dalam Program Dakwah Kawasan Operasi (PRODAKSI) Tahun 2024 anjuran Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama agensi-agensi lain yang terlibat.
PRODAKSI ini berlangsung selama 5 hari dari 24 – 28 Jun 2024 bertempat di WP Labuan & Pulau Banggi, Kudat, Sabah. Seramai 45 anggota tentera termasuk kakitangan daripada MAIWP, Yayasan Taqwa & YFBM diterbangkan ke Sabah dengan menggunakan pesawat C-130 milik TUDM.
Objektif PRODAKSI adalah untuk menyantuni komuniti dengan pengisian kerohanian dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf di daerah ini. YFBM bersama KAGAT telah mengagihkan ‘Kindness Basket’ sumbangan HM Trading Sdn Bhd kepada 200 penerima yang telah berdaftar di Masjid Jamek Layang-Layangan, WP Labuan, Sabah.
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi ini. Semoga jalinan ukhwah dan kerjasama yang mantap ini terus memberi manfaat kepada masyarakat.
Berpakat Bantu Masyarakat 

Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE