1000 bag bantuan makanan “Ready to Eat” selamat disumbangkan kepada mangsa banjir di Kelantan melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir 2022 – Kelantan. Bag sumbangan makanan ini disumbangkan di dua tempat iaitu Kg Merabang, Machang dan SK Alur Pasir, Tanah Merah.
Turut hadir, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Kementerian Dalam Negeri untuk sesi sumbangan kepada mangsa banjir disini. Misi kali ini, kami mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri untuk menyempurnakan sesi penyerahan sumbangan kepada mangsa banjir.
Kami berterima kasih kepada penyumbang-penyumbang untuk misi kali ini terutamanya Nestle Malaysia, Mr DIY, Mamee Malaysia dan Gardenia yang komited dalam menaja misi kali ini.
Diharapkan dengan bantuan sumbangan makanan ini, dapat sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapi mangsa banjir.
Berpakat kita Bantu Masyarakat 
More Post..

Jelajah Tengkujuh Kelantan 2022 – Jeli, Gua Musang
hasriq_yfbm_admin
December 4, 2022
Program Jelajah Tengkujuh YFBM 2022 yang berlansung pada 3 & 4 Disember 2022 di Daerah Jeli dan Gua Musang, Kelantan. Sasaran utama bantuan kemanusiaan Yayasan

PROGRAM BAKUL MAKANAN MAIWP PRIHATIN KOMUNITI SEJAHTERA 2025
afiq_yfbm_admin
July 30, 2025
30 Julai 2025 — Program Bakul Makanan MAIWP Prihatin diteruskan lagi dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM). Kali ini, lokasi agihan bantuan tertumpu

MARI MENGIMBAU KEMBALI PROGRAM KEMBARA MERDEKA 66 – CAMPAIGN
afiq_yfbm_admin
July 24, 2024
Mari imbau kembali program Kembara Merdeka tahun lepas! Kembara Merdeka merupakan program tahunan Yayasan Food Bank Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu golongan fakir miskin. Tahun ini,
