MISI BANTUAN KECEMASAN: SANDAKAN, SABAH FASA III

  • Post author:
  • Reading time:1 mins read
Memasuki hari kedua misi di Sandakan, Sabah, pasukan Yayasan Food Bank Malaysia meneruskan program agihan makanan tengah hari kepada komuniti setempat. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Pelaksanaan program ini telah dibantu oleh pasukan sukarelawan siswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta anggota RELA Sandakan yang berganding bahu dalam penyediaan dan pengagihan makanan.

Terima kasih kepada semua sukarelawan dan rakan kerjasama yang terus komited membantu masyarakat. Semoga setiap usaha kecil yang dicurahkan dapat membawa manfaat dan harapan kepada mereka yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat!