7 Mei 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) kini meneruskan gerak kerja bantuan buat mangsa kebakaran di Kg. Bahagia, Sandakan menerusi pelaksanaan Fasa Ketiga misi bantuan kemanusiaan.
Dalam fasa ini, YFBM sedang giat menjalankan proses penerimaan, penyusunan (sorting) serta pembungkusan barangan sumbangan daripada rakan-rakan NGO dan organisasi yang turut bersama menjayakan misi ini. Proses ini penting bagi memastikan bantuan dapat diagihkan secara lebih tersusun dan menyeluruh kepada komuniti yang terjejas.
Antara barangan bantuan yang diterima termasuk:
• Pertubuhan Kebajikan Sedulur– Rakan koordinasi bersama YFBM
Buat masa ini, semua barangan sedang dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum pergerakan logistik ke Sabah dilaksanakan dalam masa terdekat.
YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan NGO, penyumbang dan pihak yang terus memberi sokongan serta kepercayaan dalam menjayakan misi bantuan ini.
