MISI BANTUAN KECEMASAN : SANDAKAN , SABAH

  • Post author:
  • Reading time:2 mins read

29 April 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menyalurkan bantuan Kotak Ready-to-Eat Food (RTEF) serta bekalan susu kanak-kanak kepada mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran di Sandakan, Sabah.

Proses pengagihan ini turut mendapat kerjasama daripada anggota RELA Sandakan yang membantu dari segi persediaan logistik serta sokongan makanan buat petugas di lapangan bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan lancar dan teratur.

Sebagai tindakan segera, sebanyak 60 set Kotak RTEF telah diserahkan kepada pihak PPH Karamunting bagi memenuhi keperluan awal mangsa yang terlibat. Bantuan ini penting bagi memastikan mangsa kebakaran mendapat akses kepada bekalan makanan segera khususnya pada hari kejadian.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Hasanah dan GDRN atas sumbangan serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan misi bantuan ini. Sokongan berterusan daripada rakan strategik amat bermakna dalam membantu meringankan beban mangsa serta memperkukuh usaha bantuan kemanusiaan kepada komuniti yang memerlukan.

Dihargai bersama:
@yayasan_hasanah | @gdrnbantu | @relanegerisabah

#MisiBantuanKemanusiaan #YayasanFoodBankMalaysia #BerpakatBantuMasyarakat

DONATE