MISI BANTUAN BANJIR YFBM TAJAAN TABUNG HAJI KE KELANTAN DAN TERENGGANU

  • Post author:
  • Reading time:10 mins read

20-21 Disember 2024 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah melancarkan Misi Bantuan Banjir ke negeri Kelantan dan Terengganu, dengan fokus membantu mangsa banjir yang terjejas akibat musibah ini. Misi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Zakat oleh Tabung Haji, yang turut mendapat sokongan sumbangan air minuman daripada Jantzen dan Etika Sdn Bhd.

Sebanyak 3,000 penerima telah menerima pek makanan segera (Ready-to-Eat Food, RTEF) melalui misi ini. Pengagihan bantuan melibatkan lokasi-lokasi di Kelantan seperti Tumpat, Pasir Mas, Bachok, Jeli, dan Pasir Puteh, manakala di Terengganu, bantuan disampaikan ke daerah Besut, Hulu Terengganu, dan Kemaman.

Pelaksanaan misi ini dijayakan melalui kerjasama strategik dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), yang memainkan peranan penting dalam pengedaran bantuan ke kawasan terjejas. Selain itu, sokongan daripada NGO-NGO tempatan turut memperkukuh usaha penyampaian bantuan, memastikan ia sampai kepada penerima dengan cepat dan berkesan.

YFBM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya kepada Tabung Haji atas sumbangan zakat yang membolehkan pelaksanaan misi ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Jantzen dan etikagroup_my atas sumbangan air minuman, serta rakan-rakan NGO yang memberikan sokongan di lapangan.

Misi ini adalah bukti komitmen bersama dalam membantu masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir, dan diharapkan dapat meringankan beban mangsa yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat! 🇲🇾

#MAIWPPRIHATIN #itsawrap

Donate Now

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE