8 Februari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia dengan sokongan dana daripada Yayasan Hasanah telah menyalurkan bantuan kepada 100 keluarga yang terjejas akibat banjir di tiga buah kampung di Serian, Sarawak.
Kg. Diyang Ipuh, Kg. Mantung Silaga, dan Kg. Krangan Ipuh menjadi lokasi utama agihan, di mana setiap penerima menerima barangan keperluan asas, kit kebersihan, serta pek makanan sedia untuk dimakan (RTE).
Proses pembungkusan dibantu oleh sukarelawan Yayasan Serian dan APM Serian.
Misi bantuan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama erat pihak yang terlibat. Yayasan Food Bank Malaysia merakamkan penghargaan kepada Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Serian, APM Kelantan, dan NGO Tempatan iaitu Yayasan Serian atas peranan mereka dalam memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.