MAJLIS SEMARAK KASIH SEMPENA TAHUN BARU CINA ANJURAN ICU JPM NEGERI PERAK BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

  • Post author:
  • Reading time:5 mins read
23 Januari 2025 – Sempena kedatangan tahun baru cina, Yayasan Food Bank Malaysia menyediakan 50 kotak sumbangan untuk Majlis Semarak Kasih Tahun Baru Cina 2025 anjuran ICU JPM Negeri Perak di Dewan Orang Ramai Kampung Tawas. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Tuan Mazlan Zurin Bin Zulkifli (Timbalan Pengarah ICU JPM Negeri Perak), Tuan Ong Boon Piow (ADUN Bercham), dan Puan Puteri Fazlieznoor Binti Yahaya (Ketua Pegawai Operasi Yayasan Food Bank Malaysia).
 
Kotak sumbangan berbentuk barangan makanan asas untuk persediaan tahun baru cina , untuk diagihkan kepada penerima. Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan.
 
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ICU JPM Negeri Perak atas peluang kerjasama ini dan kepada semua pihak yang menjayakan program bermakna ini. Semoga usaha bersama dapat diteruskan untuk membantu lebih ramai lagi masyarakat yang memerlukan.
 
Berpakat Bantu Masyarakat.
 

#BerpakatBantuMasyarakat.#ChocoholicMoments#DunkinMalaysia

More Post..

HELP US

Every donation will go to feed the right person.

DONATE