24 Januari 2025 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) berbesar hati menerima penghargaan sempena Majlis Perbarisan Tahunan 2025 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Kerjasama erat sejak 2020 telah membuahkan hasil dalam usaha bersama membantu komuniti yang memerlukan.
Pada majlis ini, Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Ts Noor Hisham Bin Mohammad, telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid.
Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atas pengiktirafan ini serta kepada semua pihak yang telah bekerjasama dengan YFBM. Semoga jalinan kerjasama baik ini akan terus kukuh dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan.
Berpakat Bantu Masyarakat.