27 April 2024 – Hari ini telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival Pencegahan Jenayah Kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Bersama Rakan Strategik dengan Komuniti Setempat yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri bertempat di pekarangan Perumahan Awam Sri Sabah 3B Cheras, Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan menyantuni masyarakat melalui pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah, selain mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan awam.
Pada majlis ini, Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah memberi sumbangan ‘Kindness Basket’ kepada 400 penerima dari Perumahan Awam Sri Sabah yang telah diserahkan oleh YB Menteri Dalam Negeri sambil diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, En. Johan Halid.
Turut hadir pada majlis ini ialah YBhg. Tan Sri IGP Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri, YBhg. DIGP Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-Pengarah PDRM, semua Ketua Polis Negeri dan undangan agensi yang terlibat.
Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada komuniti.
Berpakat Bantu Masyarakat!
Share our story!
Lend your Help!
Every RM10 You Donate, Provide 1 Meal to Someone in Need
Donate Now
More Post..
HELP US
Every donation will go to feed the right person.
DONATE