MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH & SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM EAT WELL WITH FONTERRA.
Ini merupakan tahun ke 2 buat Fonterra Brands Malaysia berkolaborasi bersama Yayasan Food Bank Malaysia. Pada tahun ini, Syarikat Fonterra telah membantu 50 buah keluarga B40 di PPR Pantai Permai dan PPR Kg Limau, Lembah Pantai dengan menaja bahan keperluan memasak selama 28 hari. Sepanjang program ini berlangsung, peserta program diberikan tugasan untuk memasak menu sarapan pagi dan makan tengahari mengikut resepi masakan yang telah dibekalkan oleh Fonterra.
Program ini dimulakan pada 20 Jun 2022 yang lalu dan berakhir pada 24 Julai 2022. Hari ini merupakan acara kemuncak untuk Program Eat Well With Fonterra dalam menghargai komitmen yang diberikan oleh setiap keluarga yang terpilih. Sesi penyampaian hadiah dan sijil penghargaan ini telah disempurnakan oleh Puan Carolyn Lim selaku Pengarah Bahagian Sumber Manusia mewakili Fonterra Brands Malaysia.
Sebanyak 6 hadiah galakan telah diberikan kepada peserta yang paling sporting dan kreatif memaparkan hasil masakan dalam bentuk gambar atau video. Ternyata program ini menggalakkan para peserta bereksperimen dalam memasak menu secara sihat di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan ketika menikmati hidangan yang disajikan. Semoga program yang bermanafaat ini akan diteruskan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH FONTERRA BRANDS!
#berpakatbantumasyarakat
#togetherweservethecommunity
More Post..
FOOD BANK LESTARI – MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MAIWP PRIHATIN 2024 FASA 2
18 Disember 2024 – Program Food Bank Lestari – Misi Bantuan Kemanusiaan MAIWP Prihatin 2024 Fasa 2 telah berlangsung di PPR Hiliran Ampang (Surau Al-Falah),Kuala
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh Food Bank Siswa Program Launching
PERMATANG PAUH, 23 MAC 2019 – Bagi pelaksanaan Food Bank Siswa Peringkat Pulau Pinang yang memasuki siri ketiga dalam penjelajahan Food Bank Siswa ke universiti
Universiti Putra Malaysia (UPM) Food Bank Siswa Program Launching
SERDANG, March 28 – Universiti Putra Malaysia (UPM) launched Putra FoodBank which provides and supplies food to asnaf and hardcore poor students. Through Putra FoodBank,