MAJLIS PELANCARAN INISIATIF CSR BZU BZU MALAYSIA “MOST BABY DIAPERS DONATED IN A CHARITY CAMPAIGN”

  • Post author:
  • Reading time:7 mins read
 

15 Oktober 2026 – Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) telah menghadiri Majlis Pelancaran Inisiatif CSR Bzu Bzu Malaysia menerusi kempen A Million Acts of Care yang berlangsung di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur. Kempen ini menyaksikan Bzu Bzu Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi sumbangan lampin bayi terbanyak dalam kempen amal, melibatkan sebanyak 1,578,448 keping lampin bayi (30,000 pek) yang disalurkan melalui tiga organisasi NGO, iaitu YFBM, Malaysian Relief Agency (MRA) dan PERTIWI.

Inisiatif ini bertujuan menyokong kebajikan bayi dan keluarga yang memerlukan melalui sumbangan lampin bayi bagi membantu memenuhi keperluan asas penjagaan anak-anak kecil. Kerjasama antara Bzu Bzu Malaysia dan ketiga-tiga organisasi NGO ini turut memperkukuh usaha bersama dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAM Tengku Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, Pengerusi YFBM, Encik Raphael Jiang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Elite Beauty Asia, Encik Johan bin Halid, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM serta Dr. Shahrizal Azwan bin Samsudin, Setiausaha Agung merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Relief Agency (MRA), bersama Puan Laili binti Ismail Presiden PERTIWI.

YFBM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bzu Bzu Malaysia atas inisiatif dan sokongan yang diberikan, serta kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha ini. Semoga kerjasama ini terus membawa manfaat kepada keluarga dan komuniti yang memerlukan.

Berpakat Bantu Masyarakat.